Merenung Segenap .

Disaat hati sedang gundah gulana , mata tertutup memikirkan setiap perkara yang terjadi , kepala menjadi kusut memikirkan cara untuk menangani setiap masalah yang dihadapi . sukar untuk percaya ini yang akan terjadi . sungguh bukan ini yang aku pinta dari Mu Ya Allah ! setiap ujian dan dugaanMu aku hadapinya dengan tenang dan sabar biarpun manik-manik di pipi sering kali mencurah dengan laju . sungguh kuat ujianMu buat ku kali ini . aku tidak mengharapkan apa-apa dariMu Ya Allah , cuma berdoa moga Engkau tabahkan hati ku , mantapkan iman ku agar tidak goyah seperti insan lain . 

Kau yang bernama sahabat : kehilangan kau amat aku rasai . tidak menyangka kau akan berubah dengan begitu mendadak . hati ini terasa pilu melihat kau jadi teruk begini . aku sentiasa berdoa moga kau akan kembali ke pangkal jalan . Insyaallah , Amin !

Cinta ? sungguh aku tidak mengharapkan apa-apa . pergilah kerana aku masih mampu hidup ditemani keluarga , rakan-rakan dan Dia yang sentiasa disisi ini .maaf kerana aku terpaksa menolak keinginan dan kehendak mu , tidak mahu juga ku bina hubungan yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata. tipu daya syaitan di dunia ini amat kejam menyebabkan kiat mudah terjerumus ke dalam kancah nafsu . 

Buat seketika mari kita merenung dan mengamati di sekeliling kita . wahai kau manusia bersyukurlah dengan apa yang kau miliki . maafkan aku jika bicara ku ini menyakiti hati mu . tidak terlintas di fikiran ku untuk berbuat demikian . aku berharap kau mengerti bicara ku ini , insaflah dan aku akan kekal sebagai sehabatmu buat selama-lamanya .



written by NURHANIS :)